InsyaAllah.....

Saturday, January 30, 2010

HUKUM MEMAKAI NIQAB aka. PURDAH


  • Copied from Haris Fadilah blogspot

Dalam akhbar arus perdana baru-baru ini ada melaporkan kata-kata menteri kerajaan pimpinan Tony Blair bahawasanya muslimah yang memakai purdah atau ‘Niqab’ akan berdepan dengan risiko ketakutan dan balas dendam.
http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1009&pub=
Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htmMenteri masyarakatnya,Phil Woolas mahu masyarakat umum memahami muslimah yang memakai purdah boleh mengganggu dan menakutkan orang awam dan mungkin menjadikan masyarakat mengalami trauma yang teruk bila berhadapan dengan wanita yang kuat pegangan agamanya ini! Kenyataannya dibantah oleh rakannya-Timbalan Perdana Menteri-dan mengalukan perbahasan mengenai pemakaian purdah.http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1009
&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm

Kenyataan ini hanyalah sebagai nyanyian yang sengaja ditimbulkan selepas Paderi Pope yang mengulangi kenyataan lama “Islam tersebar dengan mata pedang” untuk menyentuh sensitiviti umat Islam seluruhnya, saya tidak mahu menjawab kata-kata paderi tersebut tetapi saya lebih menjurus kepada kenyataan pemimpin negara bersekutu dengan Amerika ini.

Berdasarkan kitab karangan Mufti Mesir sekarang ini Doktor Ali Jumaah ‘Al-Bayan lima yushghilul azhan’ dibawah perbahasan adakah wajib wanita memakai niqab beliau menyatakan
Al-Niqab(purdah) adalah apa yang menutupi wajah wanita manakala Al-Hijab yang menutupi keseluruhan tubuh wanita tersebut.

Jumhur Fuqaha berpendapat tubuh wanita keseluruhannya adalah aurat bagi lelaki asing melainkan muka dan tapak tangan. Imam Abu Hanifah mengatakan harus menzahirkan kakinya kerana Allah S.W.T melarang menampakkan perhiasan melainkan apa yang boleh dilihat (Surah Al-Nur :31).

Manakala mazhab Hambali menyatakan keseluruhan tubuh wanita adalah aurat dengan mengambil kira bagi lelaki asing termasuklah kukunya.

Mazhab Maliki berpendapat kesemua tubuh badan wanita adalah aurat melainkan muka dan tapak tangan.

Melihat kepada pendapat ulama’ ini jelas kepada kita pemakaian purdah bukan wajib melainkan bagi Mazhab Hambali yang mengatakan wajib menutup keseluruhan tubuh wanita tetapi ianya tetap tidak akan menimbulkan ketakutan dan menggangu bagi masyarakat yang melihatnya.

Pemakaian purdah mengikut beliau lagi bergantung kepada adat dan uruf setempat, bagi negara Mesir yang bagi setengah tempat mengamalkan mazhab Syafei memang kelihatan wanitanya tidak mengenakan purdah tetapi bagi yang berpegang dengan Mazhab Hambali mereka tetap memakai purdah walau dimana sahaja mereka berada.

Walaupun Mufti telah mentarjihkan mazhab Jumhur tetapi kita tidak sepatutnya mengenepikan pendapat Imam Ahmad bin Hambal kerana dia termasuk dari Imam mazhab yang menjadi ikutan ramai manusia.

Memang betul jika dikatakan menakutkan dan menggangu jika dinisbahkan kepada pandangan musuh Islam kerana ini menunjukkan masih ramai lagi wanita yang mahu mempertahankan ciri-ciri Islam walau dimana sahaja mereka berada.

Kenyataan yang berbau kebencian terhadap Islam ini tidak akan lenyap sehinggalah umat Islam seluruhnya sanggup mengikut telunjuk mereka dan menjadikan mereka sebagai model dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment